aku kecewa!!  

Dicatat oleh Al-Zakwanism..

Entah la kenapa sejak kebelakangan ni aku berasa malas. Mungkin sikap ni berasal daripada sifat lelaki yang azalinya memang malas dan tidak mahu berusaha lebih untuk mencapai sesuatu. Tetapi aku selama ni telah berusaha bersungguh, namun aku tak terdaya untuk mendapatkan 85%. Bahkan nak mendapat 80% pun aku seperti di atas tanduk lembu yang mungkin akan jatuh bile-bile masa. . Walaupun ape-ape pun, aku kene lah berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan hidup ni! Aku tak kire dengan cara apa skali pun, aku mesti bisa melakukannya!! Pada pagi yang indah tadi, aku mulakan hari aku dengan menaiki bas pergi ke Taylor's. Apabila aku sampai di sana aku terus pergi ke kelas Chemistry untuk bersiap sedia test advance function! Pada hari ni juga, Mr. David Bordan memulakan topik poetrynya kepada pelajarnya yang malas untuk mendengar ajarannya. Walaupun benda ni aku langsung tak minat topik ni, aku berusaha memaksa diriku ni untuk berasa minat terhadap poetry ni!! Ape yang aku faham! Topik ni mengisahkan tentang lagu yang orang tulis untuk menyatakan perasaan kite terhadap sesuatu atau pun terhadap seseorang yang di minati. Pada detik pukul 11.45, aku berusaha untuk mencapai 85% ,namun ape kan daya, soalan susah nak mampos!! Namun aku cuba la gak dengan ikhtiar lain untuk menyelesaikan soalan yang susah ni!! Selapas aku sembahyang Jumaat tadi, aku terus jawab soalan business yang boleh di katakan agak senang laa!!

 

Dicatat oleh Al-Zakwanism..

Hari ni adalah hari yang paling menghina bagi aku!! Dah la kantoi tak boleh "speaking" exam macbeth pun kantoi!! Ni tak boleh jadi ni!! Terasa diriku ni tak bergune lak! Tapi mane boleh cakap tu! Aku sekarang berazam nak menuntut ilmu untuk panduan hidupku bukannye untuk kekasih yang tergile-gile selama ni! Selama ni aku tercari-cari macam mane nak study dengan betul!! Tapi lelaki lemahnya terdapat pada sifat malas nak buat sesuatu!! Sikap ni mestilah di ubah sejak azali lagi. Kalau tidak macam mane orang Melayu nak hidup di bumi terasing ni!!
Menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad!!!

hari yang penuh dgn keazaman!!  

Dicatat oleh Al-Zakwanism..

Bermula pada hari ni! aku mesti tingkatkan lagi knowledge untuk menjadi chemical engineer yang sebenar! And insyallah aku mahu open satu kilang minyak aqualaria yang pertama di Malaysia secara terbuka walaupun rancangan ni tak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-9!! Aku mahu bangunkan orang pribumi di Malaysia ni khususnya di Semenanjung supaya setanding dengan kaum lain di Malaysia!! Insyallah!!

hari yg tension!  

Dicatat oleh Al-Zakwanism..


Pada hari ni aku berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan kerja business yg telah aku lakukan selama sebulan! tapi ni baru draf utk essay yg sebeno! tapi takpe lah sekurang-kurangnya buat la gak!!!!