hari ini aku mememang bernasib malang sekali apabila di lemparkan dengan keputusan test english 3u aku yang begitu teruk sekali. First impression aku, rase diri ni terhina sekali. Lagipun sebenarnya aku tak boleh salahkan mr. Bordan yang berbuih air liur mengajar aku yang begitu bengap skali dalam english ni! dulu time form one hingga hingga form five dlu mememang aku malas nak bace novel english entah kenapa! maybe aku ni laki kot memang jenis malas nak mampus dah la tak pandai, malas lak tu!! tak boleh jadi ni! bile ambik course oversears ni baru la menyesal nak catch up balik english ni!!! aduh, lawak lawak!! dan time skolah sbp pun malas gak. tak sedar diri aku ni! esok nak ambik spm baru lah aku tau nak jadi chemical engineer!! lawak2 antarabangsa betul aku ni! ape2 hal pun aku sebenarnya bukannye blajar untuk pegi Canada pun. kalau blajar tak tau ape nak jadi bagi aku baik tak yah blaja! tak gune blaja care cmtu sia2! aku sebenarnye nak hidup tenang lepas graduate degree nanti! Malas nak fikir pasal kije ngan company ternama ni! aku nak bukak syarikat sendiri lagi bagus! tolong org melayu kite ni dalam industri minyak agarwood ni! dan aku nak expand sampai eropah nanti insyallah! dengan izin Allah s.w.t! Mungkin sebab ni la mara nak sangat ambik ak jadi scholar nie! die nak tengok org melayu jadi businessman ni! Mara bukanye nak tengok org melayu kite kije makan gaji je! lagi pon business ni sunnah tau! Ikut nabi berdagang! sesungguhnya rezeki banyak datang dari berniaga! salam perpaduan!
Entah la kenapa sejak kebelakangan ni aku berasa malas. Mungkin sikap ni berasal daripada sifat lelaki yang azalinya memang malas dan tidak mahu berusaha lebih untuk mencapai sesuatu. Tetapi aku selama ni telah berusaha bersungguh, namun aku tak terdaya untuk mendapatkan 85%. Bahkan nak mendapat 80% pun aku seperti di atas tanduk lembu yang mungkin akan jatuh bile-bile masa. . Walaupun ape-ape pun, aku kene lah berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan hidup ni! Aku tak kire dengan cara apa skali pun, aku mesti bisa melakukannya!! Pada pagi yang indah tadi, aku mulakan hari aku dengan menaiki bas pergi ke Taylor's. Apabila aku sampai di sana aku terus pergi ke kelas Chemistry untuk bersiap sedia test advance function! Pada hari ni juga, Mr. David Bordan memulakan topik poetrynya kepada pelajarnya yang malas untuk mendengar ajarannya. Walaupun benda ni aku langsung tak minat topik ni, aku berusaha memaksa diriku ni untuk berasa minat terhadap poetry ni!! Ape yang aku faham! Topik ni mengisahkan tentang lagu yang orang tulis untuk menyatakan perasaan kite terhadap sesuatu atau pun terhadap seseorang yang di minati. Pada detik pukul 11.45, aku berusaha untuk mencapai 85% ,namun ape kan daya, soalan susah nak mampos!! Namun aku cuba la gak dengan ikhtiar lain untuk menyelesaikan soalan yang susah ni!! Selapas aku sembahyang Jumaat tadi, aku terus jawab soalan business yang boleh di katakan agak senang laa!!
Hari ni adalah hari yang paling menghina bagi aku!! Dah la kantoi tak boleh "speaking" exam macbeth pun kantoi!! Ni tak boleh jadi ni!! Terasa diriku ni tak bergune lak! Tapi mane boleh cakap tu! Aku sekarang berazam nak menuntut ilmu untuk panduan hidupku bukannye untuk kekasih yang tergile-gile selama ni! Selama ni aku tercari-cari macam mane nak study dengan betul!! Tapi lelaki lemahnya terdapat pada sifat malas nak buat sesuatu!! Sikap ni mestilah di ubah sejak azali lagi. Kalau tidak macam mane orang Melayu nak hidup di bumi terasing ni!!
Menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad!!!
Bermula pada hari ni! aku mesti tingkatkan lagi knowledge untuk menjadi chemical engineer yang sebenar! And insyallah aku mahu open satu kilang minyak aqualaria yang pertama di Malaysia secara terbuka walaupun rancangan ni tak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-9!! Aku mahu bangunkan orang pribumi di Malaysia ni khususnya di Semenanjung supaya setanding dengan kaum lain di Malaysia!! Insyallah!!
About Me
ruangan perkongsian ilmu..
Facebook Badge
Archives
- Mei 2010 (1)
- Februari 2010 (2)
- Januari 2010 (1)
- Oktober 2009 (2)
- September 2009 (1)
- Ogos 2009 (2)
- Julai 2009 (2)
- Jun 2009 (5)
- Mei 2009 (2)
- April 2009 (5)
- Mac 2009 (3)
- Februari 2009 (2)
- Januari 2009 (1)
- Disember 2008 (1)
- November 2008 (1)
- Oktober 2008 (4)



