Balik rumah kejab...  

Dicatat oleh Al-Zakwanism..


Pengalaman balik ke rumah bonda di Dungun memang agak menyeronokan saya apatah lagi berjumpa dengan adik-beradik saya yang dah lama tak berjumpe. Apa yang malangnya saya ialah, terlepas untuk turun ke Dungun sebab syok sangat tido sebelah awek. Nasib baik la pompuan tuh tak macam awek-awek kat taylor's.. yang hot tergedik-gedik. Aku pun tertido la sampai ke Kuala Terengganu. Oleh kerane aku nih memang dah pro bab2 naik bas dan meneka transportation nih, sampai je kat Hentian Kuala Terengganu aku try la cari teksi yang paling murah ke Dungun. Firstly, aku pegi la teksi yang paling buruk. "Awang nok gi mane nih?" saya pun jawab la "Nok gi Dungun Pok, brape bleh bagi Pok?" Pak Cik kurus yang tak la sampai kurus kering taraf mayat hidup nih menjawab "80 ringgit" Pastu aku bla tanpe menjawab kat die tande aku tak nak. Lima minit kemudian ade la Pak Cik yang berbadan tegap taye kat aku, dan die offer kat aku 50 ringgit. Aku pun angguk tanda aku accept harga tu.. tapi die suroh aku tunggu orang pulau pinang datang! Aku pun lepak la kejab sambil kat kedai kopi dalam Hentian bas tuh sambil menghirup air teh tarik yang tak berape sedap nih. Habis je air teh tarik secawan nih, sampai la bas SP Bumi dua tingkat. Aku ingatkan bas yang tuh Pak Cik teksi ni tunggu rupanya yang lain. dalam kiraan 2 minit bas SP Bumi 1 tingkat sampai la kat hentian nih. Lepas tuh aku naik la teksi nih bersama sorang lagi penumpang dari Pulau Pinang. Bile aku naik je teksi tuh aku pon terus terlelap sehingga la aku terusha sign board Dungun. Aku terdengar cite daripada pemandu teksi tuh yang die acap kali terserempak dengan peragut wanita. Die juga mengatakan bahawa die pernah mematahkan tangan pencuri motosikal. Dalam hatiku nyatakan "ganas gak ye pak cik nih ye nampak je biase rupa-rupa setegap tegap die nih violent gak ye". Apabila sampai je kat traffic light berdekatan dengan skolah sains Dungun, aku suroh die anta aku sampai dekat pintu pagar rumah aku yang tak berapa lawa nih. Apabila aku sampai je kat pintu pagar rumah aku yang berwarna hijau nih pada pukul 6.15 pagi.. aku terus bersalam dengan ayah aku yang sedang menunggu aku di depan rumah..
oleh itu, janganlah kite terover sleep dalam bas supaya kite tak miss tempat mne kite nak berhenti.... Wassalam...

This entry was posted on 7:51 PG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

1 ulasan

gambar 2 kt dungun ke? Apsal nmpk mcm kt oversea je?