kenangan yang manis giler di Banting.....  

Dicatat oleh Al-Zakwanism..

Pada hari 6 Jun yang lalu, aku entah la macam mane boleh la pulak terjoin budak usrah pompuan yang mahu makan barbeque kat Banting. Ade la sorang mamat nih yang bajet anak soleh la naik join rombongan usrah pompuan nih. Oleh kerana atas dasar kebosanan tahap melampau, aku join la jugak pegi melancong nih...

Pada mulanya aku agak segan gak arr nak join rombongan nih. Oleh kerana terlalu segan nak naik kereta dengan gadis-gadis solehah nih aku membuat keputusan untuk merempit pegi ke sana walaupun motosikal aku nih memang tak sesuai untuk perjalanan yang begitu jauh sebegini. Ketika melalui jalan-jalan ke Banting, aku telah mencatatkan rekod melonjat yang paling tinggi ketika sedang membonceng motosikal Honda Wave 100, iaitu sebanyak satu meter ke udara. Nasib baik la roda tayar moto Honda aku yang begitu banyak berjasa kepada aku nih tidak rosak bagai roda kena palu. Kami telah melalui jalan kampung kelapa sawit yang amat bagus untuk merempit sampai lagho.

Aku dan member-member seperjuangan aku telah melepak di rumah Halimatus just satu malam.

Pada pagi besoknya, kami telah pergi rumah penyayang di persekitaran Banting. Rumah ini terdiri daripada anak-anak yatim yang mana ibu atau bapa mereka tinggal berdekatan dengan daerah Banting.




Barbeque yang paling mesra dan meriah..



Antara fasilitator yang paling menyerlah di Rumah Penyayang..

Bakal pelajar cemerlang anak Banting..

Aku tidak menyangka anak-anak di Rumah Penyayang nih begitu mesra sekali dengan kami dan kami tidak berasa menyesal pergi ke situ.. Oh so sweet beb..

Pada malamnya kami telah pulang ke apartment Casa Subang dengan hati yang tenang sekali.
Wassalam..

This entry was posted on 9:42 PG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

5 ulasan

weh... ejah molek gak gamba tuh... senget tu...

sorilah member2, aku tengah kabut tengok prison break...

wes,ak fasi terbaek ko??hhahaa...

hahah..boleh la buak budok tuh jadi baik mcm aiman cahaya.

wakakak..